Harap-harap waras ye....=)
Ingat lagi tak, Program apa yang kita rancang untuk bulan Mac ni?? haaaa....dh lupa? tgk balik post sebelum ni....okla...teacher cerita...Kan kita rancang nak buat TAMAN BUNGA!!! macam dalam Upin Ipin tu...teachers dapat idea daripada cerita tu la....hehee...tp buat ikut kreativiti tersendiri ye....bersama ibu bapa dan anak-anak YAN...yeay...
Untuk makluman, projek ni berjalan selama 2 minggu...lamanya...ye la...ini kan projek besar...Para ibu bapa di bahagikan kepada 4 Kumpulan, iaitu :
18-19 Mac - Kumpulan Pagar yang diketuai oleh Keluarga Akmal
20-21 Mac - Kumpulan Kolam yang diketuai oleh Keluarga Syamir
24 - 25 Mac - Kumpulan semaian pokok yang diketuai oleh Keluarga Balqis
26 - 27 Mac - Kumpulan Refleksologi yang diketuai oleh Keluarga Aisyah
tarikh-tarikh ni hanya di atas kertas je...nak buat projek ni ambil masa dan ada ibu bapa yang datang berturut-turut untuk menyiapkan tugas mereka...terbaiklah!!
apa pula anak-anak YAN buat?? haaa...
Anak-anak YAN turut membantu ibu bapa dalam menjayakan projek ini..Mereka warnakan batu, asingkan batu dan botol, masukkan tanah dalam botol...ini semua merupakan aktiviti Permata bagi anak-anak...Anak-anak turut menyanyikan lagu sebagai tanda sokongan kepada ibu bapa mereka!!!!!
dan............
28 MAC merupakan hari kemuncaknya!!! Hari Tanam Pokok!! Anak-anak YAN datang dengan baju baru...semangat nak tanam pokok...Alhamdulillah, apa yang dirancang menjadi impian..
Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat..
Tanpa anda, ibu bapa sekalian, Projek ini tidak akan terjadi. Anda menjalankan dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesungguhan demi pembelajaran anak..Teachers sangat terharu dengan komitmen sesetengah ibu bapa yang sanggup mengambil cuti dan tutup kedai semata-mata untuk menjayakan program ini. Terharu sangat dengan pengorbanan anda! Diharap ibubapa lain dapat mencontohi sikap sesetengah ibu bapa ini. Komitmen dan kerjasama daripada pihak ibu bapa amat-amatlah diperlukan di PAPNY. Jika semuanya berganding bahu..Yang Susah,pasti akan rasa Senang, Yang Payah pasti akan rasa Mudah... Yang Berat sama di Pikul, Yang Ringan sama diJinjing...
Akhir Kalam, biarlah gambar berbicara.... (^____________^)![]() |
kosong...kosong...kosong |
perbincangan bermula |
bahan-bahan yang diperlukan |
Geng Kolam |
Geng Tapak semaian |
geng Refleksologi |
![]() |
hari Kemuncak 28 Mac 2013 |