Diharap semuanya waras-waras belaka....(^,^)
Teacher nak cerita tentang mesyuarat yang diadakan pada 21 Februari tempohari... Mesyuarat dipengerusikan oleh Teacher Ika...Selaku Ketua Pendidik di PAPNY...Antara perkara yang dibincangkan ialah :
1. Takwim tahunan bagi PAPNY
2.Program bagi bulan Februari
3. Perbincangan tentang Baju Uniform anak
4. Perkara berbangkit
Untuk makluman, terdapat banyak program yang dirancang sepanjang tahun 2013 ni....xsabarnya!!! Jom kita tgk apa programnya ye...
JANUARI - Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Perpisahan Teacher Linda
FEBRUARI - Pemeriksaan Kesihatan anak dan Ibu bapa
MAC - Taman Bunga
APRIL - Sukaneka PAPNY
MEI - Sambutan hari Kanak-kanak, Ibu, Bapa dan Pendidik
JUN - Open Day of PAPNY
JULAI - Majlis Iftar Ramadhan
OGOS - Merdeka Raya
SEPTEMBER - Latihan Kebakaran
OKTOBER - Gotong royong bersama Komuniti YAN - Bersihkan sungai
NOVEMBER - Pertandingan Rekacipta barangan Terpakai
DISEMBER - Konvokesyen dan CUTI-CUTI MALAYSIA
Ini semua hanya perancangan...ada banyak lagi aktiviti di sebaliknya tu...hehehe...pertandingan memasak la, Pertandingan dekorasi sudut la..Ini hanya panduan bagi melaksanakan program..Teachers harapkan para ibu bapa dapat memberi komitmen sepenuhnya agar anak-anak dapat merasai input yang terdapat didalam aktiviti dan mengaplikasinya di masa hadapan...
No comments:
Post a Comment